Tertuduh, Mohd Ruzmi Hassan, 39, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan hakim Mohd Yusoff Yunus selepas pertuduhan dibacakan juru bahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan pertama, antara 2 Oktober 2008 hingga 4 Oktober tahun yang sama dia didapati telah merogol seorang kanak-kanak berusia lapan tahun lima bulan ketika itu di sebuah rumah di Pasir Tumboh.
Bagi perbuatan itu dia didakwa di bawah Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.
Manakala bagi pertuduhan kedua pula, Mohd Ruzmi didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul mangsa yang sama di sebuah rumah di Pasir Tumboh pada 29 Ogos 2011.
Dengan itu, tertuduh didakwa telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan memperuntukkan penjara selama tempoh sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan tersebut.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azahari. Kes bersambung 6 Mei depan.
Post a Comment