BERITA TERKINI

Friday, 4 April 2014

Cubaan seludup daun ketum digagalkan PGA

Advertisement
TUMPAT - Sepasang suami isteri warga Thailand dan seorang lelaki tempatan ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) disyaki cuba menyeludup keluar daun ketum ke Thailand berjumlah kira-kira 50 kilogram dengan menyembunyikannya di dalam 'bumper' dan ruang kosong pintu kereta.

Kereta Kelisa yang dinaiki mereka ditahan ketika pemeriksaan di ICQ Pengkalan Kubor yang menghala ke jeti feri Malaysia-Thailand kira-kira jam 2.05 petang Rabu lalu.

Bersama pasangan terbabit berusia 24 tahun dan 19 tahun, seorang anak perempuan mereka berusia satu tahun enam bulan.

Manakala, lelaki tempatan berusia 29 tahun berasal dari Kampung Gong Dasar Jabi.

Hasil pemeriksaan dalam kereta Kelisa bercermin gelap itu menjumpai 530 bungkusan kecil plastik berisi daun ketum dengan anggaran berat 50 kilogram.

Daun ketum itu disembunyikan dalam ruang kosong di empat pintu dan 'bumper' belakang kereta terbabit.

Suspek lelaki warga Thailand mengaku membawa kereta itu dari Jabi Jerteh, Terengganu ke Patani Thailand dan menyembunyikan daun ketum itu yang dibeli dengan harga RM10 sebungkus daripada pengedar sekitar Jabi untuk dibawa balik ke Patani.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Post a Comment