BERITA TERKINI

Thursday, 17 April 2014

Bomoh Cina ditangkap

Advertisement
IPOH - Sekumpulan tiga wanita dan seorang lelaki warga China serta seorang lelaki tempatan mendakwa mereka ‘bomoh Cina’ berjaya ditahan di tiga tempat berasingan Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Perak, Superintendan Maszely Minhad berkata, tangkapan pertama dilakukan di Kampar membabitkan dua wanita warga China pada jam 9.15 pagi.

Menurutnya, pada jam 8.40 malam hari yang sama sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Batu Gajah menahan seorang lelaki tempatan yang mendakwa sebagai pemandu teksi di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah.

“Berdasarkan soal siasat ke atas pemandu teksi tersebut, pihak kami berjaya menahan seorang lagi lelaki warga China di Kampar sebelum menahan seorang lagi wanita warga China di Pasir Puteh, Ipoh,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Maszely memberitahu, melalui tangkapan tersebut mereka turut merampas barang kes antaranya cincin dan loket kuning, beg kulit, wang tunai 1,000 Yuan, kunci rumah dan beg sandang.

“Siasatan awal mendapati, setakat ini mangsa yang terbabit dalam penipuan tersebut mengalami kerugian RM75,000,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan tersebut mengumpan mangsa yang pandai berbahasa Kantonis di sekitar pasar atau hospital.

“Kumpulan tersebut berpura-pura menilik mangsa dan memberitahu nasib kurang baik sebelum menawarkan diri untuk membantu mangsa.

“Mereka memberitahu nasib malang mangsa boleh diatasi dengan bantuan mereka jika meletakkan emas sewaktu upacara sembahyang dijalankan,” katanya.

Katanya, kesemua suspek berusia 42 hingga 59 tahun itu direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Post a Comment