SHAH ALAM - Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diumumkan sebagai pengganti suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang, 23 Mac ini.
Pengumuman tersebut dilakukan sendiri oleh Anwar dalam satu sidang media khas di Batu 12, Kajang, hari ini.
Terdahulu, Anwar terlucut kelayakan untuk bertanding di kerusi yang dikosongkan penyandang daripada PKR, Lee Chin Cheh selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan beliau meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Ini bermakna, Wan Azizah atau lebih mesra disapa Kak Wan akan berdepan dengan calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Datuk Zaid Ibrahim bagi kerusi berkenaan.
Untuk rekod, Chin Cheh (PKR) memenangi kerusi Dun Kajang pada PRU13 dengan majoriti 6,824 undi, menewaskan calon BN Lee Ban Seng dan beberapa calon bebas dalam pertandingan enam penjuru.
Post a Comment