BERITA TERKINI

Wednesday, 19 February 2014

Remaja perempuan ditangkap

Advertisement
BALING - Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun antara 15 yang ditahan dipercayai terbabit dalam kes kecurian motosikal di sekitar Baling, Kupang, Sungai Petani termasuk Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan berkata, semua mereka ditahan secara berasingan di kediaman masing-masing.

Menurutnya, suspek pertama berusia 20 tahun ditahan di rumahnya di Kampung Charuk Kapas, Kupang dan seorang lagi ditahan di Sungai Petani.

“Dengan penahanan mereka, polis berjaya menemui sembilan rangka motosikal yang sudah dilerai, ianya berkaitan dengan kes kehilangan di Kupang dan Seberang Perai Tengah.

“Tujuh rangka motosikal diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah,” katanya.

Mat Daud berkata, hasil soal siasat suspek pertama berjaya memburu dua lelaki yang dikehendaki polis.

Menurutnya, kedua mereka aktif mencuri motosikal malah pernah terlibat dalam kes pecah rumah.

Mat Daud berkata, remaja perempuan terbabit ditahan kerana menjual komponen barangan curi dipercayai dilakukan oleh abangnya.

Beliau berkata, kesemua mereka yang ditahan reman selama empat hari sehingga tujuh hari untuk membantu siasatan polis bersabit kes yang dilakukan.

Ke disiasat mengikut Seksyen 379A dan 380 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima sehingga tujuh tahun dan denda,” katanya.

Mat Daud berkata, polis sedang memburu beberapa lagi suspek yang terbabit dalam kes curi motosikal dan meminta ibu bapa memberi kerjasama kepada polis sekiranya anak-anak mereka membawa pulang motosikal yang tidak dikenali.

“Ibu bapa juga perlu memainkan tanggungjawab dan tidak menyembunyikan maklumat sebaliknya membuat laporan kepada polis bagi membanteras jenayah yang berlaku,” katanya.

Post a Comment