Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Mohd Fakri Mazlan berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang itu berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh 12 minit.
Mohd Fakri berkata, selepas menerima panggilan kecemasan jam 2 petang itu, anggota dari Balai Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan Bomba Sukarela dikejarkan ke tempat kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian kami mendapati mesin membotolkan kicap dan sos di sebuah kilang pemprosesan makanan terbakar,” katanya kepada media ketika ditemui di tempat kejadian kelmarin.
“Jumlah kerugian dan punca sebenar masih dalam siasatan, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.
Sementara itu, ketika kejadian dua pekerja wanita di premis yang terbakar itu, Cik Hamazan Cik Ya,60 dan rakannya, Zaharah Daud, 63, berada di dalam kilang terbabit.
Zaharah berkata, dia menyedari kejadian tersebut apabila terhidu bau asap ketika berehat di dalam surau dan segera mengejutkan Cik Hamazan yang ketika itu tidur bersebelahannya dengannya.
“Ketika itu waktu rehat dan setelah melihat asap semakin tebal saya bersama Cik Hamazan terus berlari keluar dari surau untuk menyelamatkan diri,” katanya.
Manakala, Cik Hamazan pula memberitahu dia bersyukur kerana diselamatkan oleh rakannya itu.
“Setelah sedar saya terus mencapai beg berdekatan dengan saya dan bersama-sama keluar dari surau supaya tidak terperangkap dalam kebakaran tersebut,” katanya.
Post a Comment