Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K.Manoharan berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati suspek yang berusia 31 tahun ini turut terlibat dalam kes samun kedai serbaneka dan mencuri di dalam bangunan di kawasan Kerteh dan Kemaman baru-baru ini.
"Suspek yang berasal dari Kemasik ini merupakan individu yang dikehendaki polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam suspek maut ditembak selepas cuba menyerang polis dengan parang dalam kejadian di Km3, Jalan Lapangan Terbang, Kerteh, Kemaman.
Serbuan kira-kira pukul 5.30 petang itu dilakukan sebaik anggota Cawangan Pencegahan Jenayah dari Balai Polis Kerteh menerima maklumat berhubung suspek terbabit dalam kes samun kedai serbaneka dan stesen minyak.
Source
Post a Comment