BERITA TERKINI

Friday, 28 February 2014

Pekerja hotel ditahan bersama pil kuda

Advertisement
KUANTAN - Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah ditahan polis bersama 370 biji pil kuda di rumah sewanya di Jalan Air Kolam, Brinchang, Cameron Highlands, hari ini.
 
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, Serbuan pada 8 pagi itu dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands.
 
Katanya, lelaki berusia 28 tahun itu yang berasal dari Kota Baharu, Kelantan dikatakan cuba melarikan diri namun gagal apabila dikepung.
 
"Suspek yang bekerja di sebuah hotel berada di dalam rumahnya sendirian dan pemeriksaan polis menemui pil kuda tersebut di dalam beg silang yang disembunyikan di bawah tilam di bilik tidurnya," katanya ketika dihubungi hari ini.
 
Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek mendapat bekalan dadah yang dianggarkan bernilai RM11,000 itu dari negeri jiran sebelum diedarkan kepada penagih di Cameron Highlands.

Wan Mohd Zahari berkata, hasil ujian air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine serta Amphetamine Type Stimulants (ATS).  
 
Menurutnya lelaki terbabit kini direman di lokap Balai Polis Cameron Highlands selama dua minggu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Post a Comment