BERITA TERKINI

Friday, 28 February 2014

Alat ganti kenderaan bernilai RM18,000 hilang

Advertisement
GEORGETOWN - Polis percaya alat ganti kenderaan bernilai RM18,000 yang hilang dari stor Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, di sini, dibawa keluar secara berperingkat sejak awal tahun ini.
 
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, perkara itu dikesan berdasarkan siasatan polis setelah menerima laporan mengenai kehilangan alat-alat ganti dari stor itu pada 18 Februari lepas.
 
"Kami masih jalankan siasatan berhubung kes ini dan kami percaya dapat menyelesaikannya dalam tempoh terdekat," katanya sambil memberitahu dua anggota polis berusia antara 30-an dan 40-an yang ditahan bagi membantu siasatan kes itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.
 
Abdul Rahim berkata demikian kepada pemberita selepas majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Timur Laut, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng, di sini hari ini.
 
Gan, 59, akan memulakan tugas sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur mulai 3 Mac dan tempat beliau di Timur Laut akan dipangku timbalannya Supterintendan Ismail Toh Paduka Idris.
 
Abdul Rahim berkata, polis belum menemui alat ganti kenderaan yang hilang itu dan percaya semua barang itu masih dalam simpanan mereka yang mengambilnya.
 
"Setiap alat ganti yang hilang itu juga mempunyai tulisan Hak Milik Kerajaan...jadi barang itu memang tidak boleh dijual secara terbuka," katanya.

Post a Comment