Menurut Tony, medan PRK Dun Kajang adalah lonjatan untuk PR 'merampas' Putrajaya, namun jika Datuk Seri Anwar kalah di Dun tersebut, PR 'terpaksa' melupakan hasrat mereka untuk menakluk Putrajaya.
"PRK Dun Kajang adalah batu lonjatan untuk PR.
"Risikonya sangat tinggi, oleh itu kita perlu berwaspada.
Kerusi Dun Kajang dikosongkan oleh bekas penyandangnya, Lee Chin Cheh dari PKR dengan meletakkan jawatan 27 Januari lalu.
Chin Cheh memenangi kerusi itu pada PRU Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Susulan daripada itu, PKR menerusi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon baru di Dun tersebut.
Post a Comment