BERITA TERKINI

Sunday, 16 February 2014

Kaki pancing mati lemas

Advertisement
mati lemas
KOTA BHARU - Seorang kaki pancing ditemui mati lemas selepas dipercayai terjatuh ketika mahu membuang air kecil di Sungai Seterpa, Banggu, petang kelmarin.

Hanif Mohd Zain, 20, ditemui mati lemas pada jam 4.50 petang oleh Unit Penyelamat di Air (PPDA) Kelantan di dasar sungai bersebelahan kolam memancing selepas 45 minit operasi menyelam dijalankan.

Bapanya mangsa, Mohd Zain Kassin, 60, yang bekerja sebagai buruh itu memberitahu anak bongsu daripada enam adik beradik itu memang gemar memancing dan kerap menyertai pertandingan memancing.

Menurutnya, sebelum kejadian dia bersama rakan karibnya itu keluar pada jam 11 malam dan dia disuruh mengeluarkan RM2,000 sebagai tambahan wang yang diberikan oleh isterinya, Hameedah Kasor, 52 bagi membeli kelengkapan kedai serbaneka untuk dibuka nanti.

“Saya tidak menyangka dia akan pergi dulu dan tidak sempat untuk memulakan perniagaan. Sepatutnya dia yang uruskan kedai ini nanti.

‘Dia tidak menunjukkan perubahan sikap yang ketara selain mengadu kepada saya dia tidak sihat sejak beberapa hari lalu,” katanya.

Post a Comment