Dipetik laoran Al - Jazeera, tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan ke atas Sheikh Akram kerana beliau didakwa menyampaikan sentimen antikerajaan menerusi khutbah di masjid tersebut.
Dua askar bersenjata yang memakai topeng sedang mengawal keadaan di Iskandariah.
Ahli keluarganya mendakwa, imam terbabit turut dicampakkan dari balkoni rumah mereka ketika serbuan itu dibuat.
Dalam perkembangan lain, seramai 10 anggota Ikhwanul Muslimin telah ditahan atas kesalahan menghasut keganasan di laman sosial.
Kementerian Dalam Negeri memaklumkan pihak berkuasa Mesir kini menggunakan 'teknologi moden' untuk mengesan individu yang menghasut orang awam atau memuat naik maklumat
berkaitan aktiviti keganasan di negara tersebut.
"Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengguna laman sosial yang melakukan perbuatan seumpama itu," jelas jurucakap kementerian tersebut.
Post a Comment