gambar hiasan
Bangkok: Puluhan tembakan dan sekurang-kurangnya dua letupan dilapor berlaku di bandar raya ini, semalam, sehari sebelum pilihan raya kontroversi diadakan.
Sekurang-kurangnya tiga orang cedera dalam keganasan di depan sebuah pusat beli-belah di Bangkok. Beberapa lelaki bersenjata di celah penunjuk perasaan dilihat menyembunyikan senjata mereka sebelum berundur dari tempat kejadian.
Tembakan dilapor berterusan menjelang malam.
Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada penunjuk perasaan atau mereka yang cedera itu terdiri daripada penyokong kerajaan atau penentangnya yang berusaha menghalang pilihan raya yang hampir pasti mengembalikan kuasa pemerintahan kepada Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.
Serangan berlaku di daerah Laksi, berhampiran Lapangan Terbang Don Muang, kubu kuat Parti Puea Thai yang diketuai Yingluck.
Penyokongnya berkumpul di situ bagi mendesak pilihan raya diteruskan.
Sepuluh orang mati dan sekurang-kurangnya 577 cedera dalam keganasan yang ada kaitan dengan politik sejak hujung November lalu.
Sebelum itu, polis terpaksa bekerja keras memisahkan penunjuk perasaan dengan sekumpulan penyokong kerajaan.
Post a Comment