BERITA TERKINI

Tuesday, 18 February 2014

Dua lelaki ditangkap cuba curi petrol

Advertisement
KULIM - Hasrat dua lelaki untuk mencuri petrol di sebuah stesen minyak di pekan Kulim jam 9 pagi semalam terbantut apabila ditahan oleh ahli Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) ketika cuba melarikan diri ke Lebuhraya Butterworth Kulim Express (BKE).

Pengerusi PPKM, Khor Eng Khim berkata, ketika kejadian suspek menunggang motosikal jenis Honda EX5 masuk ke dalam stesen minyak terlibat, bagaimanapun melarikan diri bersama beberapa liter petrol.

Perbuatan suspek disedari pekerja yang bertugas dan memaklumkan kejadian itu kepada PPKM dengan menggunakan alat perhubungan.

Eng Khim kemudiannya mengarahkan semua ahli yang membuat rondaan supaya membuat pemantauan terhadap motosikal digunakan suspek.

“Saya mengarahkan semua ahli menunggu suspek di setiap simpang, manakala beberapa kenderaan pacuan empat roda dan motosikal mengekori suspek dari belakang.

"Menyedari mereka diekori, suspek cuba melarikan diri dengan memecut motosikal yang ditunggang, bagaimanapun dipintas oleh kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh ahli PPKM.

Suspek terbabas ke tepi jalan sebelum ditahan. Melihatkan seorang rakannya telah ditahan, seorang suspek lagi mengambil tindakan melarikan diri ke kawasan taman perumahan di Paya Besar,” katanya.

Katanya, Ahli PPKM kemudiannya membuat rondaan di kawasan taman perumahan terlibat dan berjaya menahan seorang lagi suspek.

Eng Khim kemudiannya memaklumkan kejadian itu sebelum menyerahkan suspek kepada Unit MPV polis untuk tindakan susulan.

Post a Comment