LONDON - Manchester United tidak dapat menggunakan khidmat pemain penyerangnya, Nani untuk tempoh sebulan lagi.
Pengurus United, David Moyes mengesahkan bahawa Nani dijangka berehat untuk sekurang-kurangnya sebulan lagi kerana kecederaan yang dialaminya masih belum pulih sepenuhnya.
Begitupun, kelab itu masih mempunyai berita gembira apabila seorang lagi pemain tengah, Michael Carrick bersedia untuk kembali menyertai skuad.
Pemain antarabangsa Portugal, Nani direhatkan sejak awal Disember lalu selepas mengalami kecederaan hamstring.
"Kecederaan hamstring yang dialami Nani sangat serius. Dia semakin pulih tetapi masih memerlukan sebulan lagi sebelum betul-betul bersedia untuk beraksi," kata Moyes semalam.
Pemain tengah England, Carrick yang terlepas aksi liga di Old Trafford ekoran kecederaan buku lali dijangka kembali membantu pasukan.
"Carrick sudah menunjukkan perkembangan yang baik dan dia mempunyai peluang yang cerah untuk kembali dalam skuad.
"Apa pun kami tetap memantau prestasinya.
David Moyes pengurus MU.
Post a Comment