BERITA TERKINI

Sunday, 23 February 2014

Bot karam di perairan Kota Belud

Advertisement
KOTA KINABALU - Tiga anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) melalui detik cemas apabila terpaksa berenang lima jam selepas bot yang dinaiki mereka karam dipukul ombak besar, di perairan Kota Belud, petang semalam.

Bagaimanapun, Jailani Yusof, 26, dan adiknya Lezam Yusof, 18, serta rakan mereka Romi Saini, 20, dari bahagian penyelenggaraan sistem pengawasan laut diselamatkan orang awam dan pasukan penyelamat Maritim pada kira-kira 9 pagi tadi.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Kota Kinabalu, Kapten Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, ketika kejadian, ketiga-tiga mereka dalam perjalanan dari Karakit, Kudat ke stesen sistem pengawasan di Pulau Balambangan dan Mantanani.

"Bot yang dinaiki mereka secara tiba-tiba dipukul ombak sewaktu memasuki perairan daerah Kota Belud pukul 6 petang dan terpaksa berenang di perairan itu sebelum tiba di pantai Mimpian Jadi Resort lima jam kemudian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, tiada kecederaan dilaporkan kecuali ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan lemah sebaik tiba di Jeti Maritim Malaysia di Sepanggar pagi ini.

Source

Post a Comment