Mangsa, Fatin Farradia Yusof, 20, dilanggar kenderaan itu ketika berjalan selepas bergambar bersama rakan-rakannya di kawasan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media sehingga menyebabkannya terjatuh dari kawasan berbukit ke perhentian bas berdekatan.
Fatin Farradia merupakan penuntut tahun kedua Diploma Sains Sukan dan Rekreasi meninggal dunia kira-kira 7.30 malam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang berikutan pendarahan dalaman.
Menurut Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Prof Dr Azizul Halim Yahya, dalam kejadian 5.20 petang itu, mangsa yang baru selesai menghadiri kuliah dikatakan sedang berjalan bersama rakannya sebelum dirempuh kereta itu yang menyebabkannya tercampak.
"Kereta pensyarah itu kemudian melanggar pembahagi jalan manakala mangsa jatuh ke bawah bukit setinggi kira-kira lima meter dan pengsan sebelum dia dikejarkan ke HTAR," katanya.
Menurut Azizul, pensyarah wanita berumur 58 tahun yang memandu kenderaan tersebut difahamkan mengalami sakit kepala sebelum kejadian itu, menyebabkan beliau gagal mengawal kereta tersebut.
Difahamkan, jenazah Fatin Farradia akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Dungun, Terengganu selepas proses bedah siasat selesai.
Post a Comment