Sulaiman Abu Ghaith, 48, yang memiliki kerakyatan Kuwait dijatuhi hukuman itu selepas Mahkamah Persekutuan New York mendapatinya bersalah pada Mac lalu kerana terbabit dalam rancangan untuk membunuh rakyat Amerika dan menyalurkan bantuan kepada pengganas.
Sebelum hukuman dibacakan, Abu Ghaith - yang muncul dalam video propaganda selepas serangan pengganas 11 September 2001 - bercakap dalam bahasa Arab menerusi penterjemah bahawa hanya satu hukuman yang beliau terima adalah daripada Allah.
"Hari ini apabila anda merantai tangan saya dan mahu menanam saya hidup-hidup, anda sebenarnya menyatukan tangan ratusan orang Islam dan mereka akan menyertai gerakan untuk pembebasan," katanya yang berpakaian hitam banduan.
Post a Comment