Menurut Jurucakap polis, dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, Azurawanie Azizi, 21, terbunuh manakala adiknya Azura Norzuranie, 16, parah selepas mengalami kecederaan di muka dan mulut serta dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Ketika kejadian kedua-dua mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan pulang selepas membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadam Kemasik, dekat sini.
Bagaimanapun ketika sampai di tempat kejadian, Azura Norzuranie yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z secara tiba-tiba menekan brek kecemasan sehingga menyebabkan kakaknya yang membonceng tercampak ke atas jalan raya.
Azura Norzuranie turut rebah di bahu jalan.
Sementara itu, adik mangsa, Azura Farahani, 19, berkata sebelum ke bazar Ramadan, kakaknya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan sempat memasak ayam masak merah dan singgang sotong sebagai juadah berbuka puasa.
"Saya tidak sangka itu merupakan masakan terakhir mereka buat kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di Hospital Kemaman.
Mayat mangsa yang berasal dari Kampung Batu 9, Ibok dibedah siasat di Hospital Kemaman.
Sementara itu Ketua Polis Dearah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Post a Comment