BERITA TERKINI

Friday, 4 July 2014

Dipenjara kerana menendang perut isteri yang sarat lapan bulan

Advertisement
KUALA TERENGGANU - Seorang suami yang tergamak menendang perut isterinya yang sedang hamil lapan bulan menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan dikenakan denda RM2,000 oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Bukan itu sahaja, Mohd Azrol Azam Mamat, 27, dari Kampung Kolam Atas Tol, di sini, turut berdepan hukuman penjara sebulan lagi sekiranya gagal menjelaskan denda.

Majistret Noradila Ab Latiff membuat keputusan itu selepas Mohd Azrol Azam mengaku salah dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Nurul Syarmaini Sukri, 21, di sebuah rumah di belakang Sekolah Agama Ladang, di sini, pada 28 Jun lalu.

Dia mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda hingga RM2,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, sebelum kejadian, pasangan suami isteri yang ketika itu berada di rumah telah bertengkar selepas berlaku perselisihan faham kecil.

Mohd Azrol Azam yang gagal mengawal perasaan amarahnya secara tiba-tiba telah bertindak menendang perut mangsa selain memukul di bahagian pergelangan tangan  mangsa sehingga menyebabkan bengkak dan kebas.

Siasatan juga mendapati, Mohd Azrol Azam sebelum ini kerap memukul mangsa sekiranya berlaku perselisihan faham walaupun hanya perkara kecil.

Post a Comment