BERITA TERKINI
Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Saturday, 6 August 2016

Tak disangka dalam diam-diam dah ada dua cawangan

Rahim, pelawak kumpulan popular Sepahtu, beraya dengan bergaya tahun ini apabila pulang ke kampung dua isterinya di Johor.Tahun ini lebih bermakna buat pelawak Rahim Sepahtu kerana pertama kali merayakan Aidilfitri di kampung kedua-dua isterinya.

Rahim, 46, berkata isteri kedua yang dinikahi lebih setahun lalu juga berasal dari Johor, maka memudahkan urusan berhari raya bersama isteri pertama.

Tidak ada masalah. Malah ini raya pertama saya ada dua tempat berbeza. Isteri pertama di Batu Pahat dan isteri kedua di Simpang Renggam.

Saya berterima kasih kepada isteri yang memahami jadual saya. Mereka sangat bertolak ansur dan bekerjasama.

Saya orang Klang. Mak dan ayah pula sudah tidak ada. Saya tidak ada masalah beraya. Jadi isteri saya yang jadualkan untuk pergi ke mana, katanya ketika ditemui Projek MMO sewaktu majlis pratonton filem Zack Kapcai pada Selasa.

Dalam filem itu, yang mula ditayangkan di pawagam pada Khamis, Rahim membawa watak Rudy, bapa Zack yang dilakonkan Fad Bocey.

Rahim bersyukur dapat isteri pertama yang sanggup berkongsi kasih demi membolehkannya berpoligami.Antara pelakon lain yang turut membintangi filem berkenaan termasuklah Shuk SYJ, Serina Redzuawan dan Julia Marin.

Rahim, atau nama sebenarnya Rahim Mat Ali, berkata kedua-dua isteri yang menetap di Shah Alam memudahkan urusan giliran untuk berlaku adil sebagai seorang suami.

Katanya, penghargaan harus diberikan kepada isteri pertama Norazlin Abdullah, 39, yang sanggup berkongsi kasih.

Sudah setahun lebih kahwin, cuma media tidak tahu. Mereka duduk berhampiran di Shah Alam. Saya berterima kasih pada isteri pertama saya, katanya, sambil tersenyum.

Ditanya adakah minatnya untuk berpoligami mendapat dorongan Salih Yaacob, yang juga penyampai radio Sinar FM, Rahim segera menafikannya.

Tidak adalah. Saya percaya pada jodoh, katanya, ringkas.



Sunday, 31 July 2016

Cerita sebenar Along Raja Lawak halau isteri dari rumah

Dunia artis bila hampir nak kahwin heboh di media masa,nak bercerai pun lagi kecoh.Susah jugak jadi artis ni,orang sentiasa memerhati artis setiap masa.Kalau bolih peminat nak mengetahui segalanya.

Along Raja Lawak,siapa tak kenal dengan beliau,heroin filem Adnan Sempit yang begitu kelakar dengan lakonan selamber beliau.Jom kita ikuti penjelasan Along tentang masalah beliau dan isteri,Zila.

SEBELUM ini, Along Raja Lawak atau lebih dikenali sebagai Along Cham didakwa telah menghalau isterinya keluar dari rumah dan kini, Along tampil menjelaskan perkara sebenar yang berlaku antara dia dan isteri, Zila.

“Malu keluarga saya apabila dia menuduh kami tidak membenarkannya menjenguk anak. Dia kena fikir, selama ini, ibu bapa saya yang menjaga anak yang dikandung dan dilahirkan.

“Kalau difikirkan, dia seharusnya mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya.

“Dia kata keluarga saya tak benarkan dia berjumpa anaknya, seolah-olah ibu bapa saya kejam dan cuba memisahkan ibu dan anak. Saya tak kisah dia memburukkan saya, tapi tolong jaga hati keluarga saya.

“Yang buat saya hairan, kena tiba-tiba mencanak rasa kerinduan pada anak kami? Mana pergi naluri keibuannya ketika rancak bergaduh dan minta saya menceraikannya setiap hari melalui perbualan telefon?,” katanya kepada BH Online.

Tambah Along, dia tidak pernah menghalang Zila dari berjumpa dengan anak mereka dan baru-baru ini, Along telah memfailkan saman nusyuz terhadap Zila kerana keluar rumah tanpa izin darinya.

Harap Along Raja lawak tabah dan banyak-banyak bersabar.


Tuesday, 26 July 2016

Heroin filem Adnan Sempit selamat lahirkan anak lelaki sulung


TAHNIAH diucapkan kepada heroin filem Adnan Sempit Yana Samsudin, 32, yang mana beliau selamat melahirkan anak sulung, pada Khamis lalu.Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya, Fadzil Bahari Zahari, 33, menerusi laman Instagramnya semalam.

Dalam ucapan itu, Fadzil turut meluahkan rasa syukur ke hadrat ilahi selain ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas pengorbanan isteri tersayang.


“Alhamdulillah isteri saya, Yana Samsudin, selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 21.07.2016.

“Terima kasih kepada isteri yang bersusah payah, bersakit-sakit dalam proses melahirkan, tak ternilai jasa dan pengorbanannya. Saya cintakan awak sayang, moga sembuh cepat.

“Terima kasih juga pada mak dan ayah kami yang tidak henti-henti berdoa serta keluarga, sahabat-sahabat kerana sentiasa mendoakan. Alhamdulillah, kami juga mendoakan kesejahteraan anda semua,” ujarnya.


Sementara itu, rata-rata peminat dilihat meninggalkan ucapan tahniah buat pasangan ini di ruangan komen Instagram.

Yana Samsudin mendirikan rumah tangga bersama Fadzil Bahari Zahari  pada 13 Februari 2015.

Tahniah,semoga rumah tangga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

Friday, 8 April 2016

Perginya seorang pelawak terkenal Malaysia

Hari ini, Malaysia dikejutkan dengan pemergian seorang pelawak tanah air, Mohd Yusoff Abdul Hamid atau lebih mesra dengan nama Mr. Os.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Selayang Isnin lalu akibat sesak nafas.

Anak Allahyarham, Mohd Hazwan berkata ayahnya memang seorang yang tabah dan sangat kuat melawan sakit.

Menurut Hazwan, biarpun arwah ayahnya tahu tentang penyakitnya, dia tidak mahu sesiapa pun bersedih.

"Abah memang ada kanser tonsil tahap empat. Keadaannya bertambah teruk dan kanser telah merebak ke paru-parunya. Tapi, dia tidak mahu kami bersedih.

"Katanya, kalau mahu dia sihat, jangan sesiapa pun sedih atau menangis," katanya menahan sebak.

Menurutnya juga, beberapa jam sebelum ayahnya 'pergi' menghadap Ilahi, Allahyarham masih boleh duduk dan cuba mencabut oksigen di bahagian hidungnya.

"Sejak Rabu lagi, doktor dah panggil saya menyatakan keadaan sebenar ayah.

"Menurut doktor, ayah sudah tiada harapan dan minta saya panggil ahli keluarga yang lain. Sepanjang dua hari ini keadaan ayah baik. Walaupun tahu keadaan sebenar, tapi melihat semangatnya, saya ketepikan kata-kata doktor.

"Tapi, pada jam 2.30 petang tadi, ayah pergi dengan tenang," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Sementara itu, rakan artis turut melahirkan rasa sedih dengan pemergian arwah.

Antaranya Bob Lokman, rakan artis yang sering bersama Allahyarham dalam aktiviti berdakwah.

"Saya jumpa Allahyarham Jumaat lalu. Ketika itu kami ada majlis di Temerloh, Pahang. Keadaan beliau memang nampak tak sihat, tapi semangatnya membuatkan dia tetap bersama kami.

"Sepatutnya kami bermalam di sana, tetapi tempat tinggal tu resort dua tingkat, Allahyarham tidak larat dan kami pulang terus ke Kuala Lumpur malam itu juga," katanya.

Menurut Bob juga, Allahyarham ada berkata jika dia pergi dalam masa terdekat, Dia akan rasa lain kerana akhirnya dapat kembali kepada Islam sebenar.

"Dalam keadaan sedih, saya gembira ALLAH SWT menjemput beliau pada hari Jumaat," katanya.

Wednesday, 9 March 2016

Saya pernah kena maki,Shuib Sepahtu

Berlakon sudah, melawak pun sudah. Namun apabila mencuba bidang baru sebagai penyampai radio Sinar FM, Shuib Sepahtu berkata mereka mendapat pengalaman baru - kena maki.

Memang tidak semuanya manis. Begitulah takdir dihadapi oleh kumpulan Sepahtu apabila mereka diberi tanggungjawab menggalas peranan sebagai penyampai radio.

‘Beban’ itu kata Shuib, dirasai terutama apabila dia bersama dua lagi anggota Sepahtu Jep dan Rahim, mengambil alih segmen yang sejak sekian lama dikendalikan oleh penyampai terdahulu.

“Menjadi penyampai radio dan menggantikan personaliti yang sudah berkecimpung hampir sedekad untuk segmen berkenaan bukan tugas mudah.

“Pendengar memaki-hamun kami pada bulan pertama menerusi ruang komen di Facebook,” katanya kepada Malaysiakini selepas majlis pelancaran single kumpulan Indonesia, Radja di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selama sembilan tahun pendengar segmen Sinar Pagi dibuai dengan keletah tiga juruhebah terdahulu, Raja Azura, Salih Yaacob dan Khairil Rashid.

Segmen itu bermula pada 6 hingga 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat.

Namun, ekoran dari pertukaran itu, Raja Azura diberi notis pemberhentian, Salih ditukar ke segmen petang dan Kharil pula menumpukan tenaganya di sebuah syarikat iklan radio.

Disebabkan sudah ‘terbiasa’ dengan senario pagi selama bertahun-tahun, mungkin pendengar Sinar FM berasa agak keberatan untuk menerima pembaharuan dilakukan.

Asam garam itulah yang terpaksa didepani kumpulan Sepahtu, termasuk Shuib ketika mula mengendalikan Sinar Pagi sejak Disember 2015.

“Kru pagi berkhidmat selama bertahun di stesen radio berkenaan, tiba-tiba tukar orang baru, apa yang akan dirasai oleh pendengar?

“Biarpun orang itu bagus sekalipun, khalayak masih akan memberi komen. Sebagai contoh, cuba kita bayangkan setiap hari kita makan nasi lemak tetapi tiba-tiba tukar sandwic yang tidak kena dengan tekak," katanya.


Sunday, 6 March 2016

TAHNIAH buat Youk Bunkface,selamat diijab kabulkan dengan gadis pilihan hati

TAHNIAH diucapkan buat ahli kumpulan Bunkface, Youk Jaffar yang telah selamat mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan hati, Alia Rosli, baru-baru ini.

Majlis resepsi Youk itu turut dihadiri dua ahli Bunkface yang lain iaitu Sam dan Paan yang terlebih dahulu mendirikan rumah tangga sebelum ini.

Yang menariknya, kesemua pasangan hidup anggota kumpulan Bunkface bermula dengan huruf A, iaitu isteri Sam bernama Aida manakala suri hidup Paan pula bernama Aqila.

Dalam pada itu, Sam juga menerusi program hiburan Melodi di stesen TV3 mendedahkan bahawa isterinya kini sedang hamil cahaya mata sulung mereka.

Tahniah diucapkan buat Sam dan isteri..










Saturday, 20 February 2016

Cahaya mata kembar penyeri hidup Eina Azman dan suami

Tahniah diucapkan kepada Eina Azman dan juga suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet kerana telah selamat menimang cahaya mata. Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh suami pelakon wanita berkenaan di laman Instagram.

Apa yang lebih menggembirakan, pasangan itu dikurniakan dengan cahaya mata kembar. Bagaimanapun, melalui perkongsian suami Eina, tidak dinyatakan jantina penyeri kehidupan mereka itu. Selain itu, Instagram Eina Azman turut mendapat ucapan tahniah dan selamat berpantang daripada peminat.

Sebelum ini, Eina menjelaskan dia dan juga suami tidak mahu membesarkan anak mereka dalam keadaan mewah dan dalam masa yang sama turut merahsiakan jantina anak mereka. Apa pun, semoga semuanya berjalan dengan lancar dan pastinya peminat menantikan kehadiran gambar anak kembar pasangan ini.

Eeeeeem Dato Siti bila lagi?????Nanti kita pakat2 tunggu berita gembira dari Dato Siti pulak...

Kembangkan sayap perniagaan hijab ke New York

KUALA LUMPUR – Syarikat hijab terkemuka, Naelofar Hijab, berhasrat mengukuhkan lagi empayar perniagaan di arena antarabangsa dengan menubuhkan syarikat serantau pertamanya di New York, Amerika Syarikat (AS).

Pemiliknya, Noor Neelofa Mohd Noor berkata berdasarkan pengalaman semasa belajar di AS dan setelah beberapa kaji selidik, New York merupakan lokasi strategik membina ‘physical store‘ (premis) dan ‘warehouse‘ (gudang).

“Kami merancang untuk menembusi pasaran antarabangsa dan mengeksport ke lebih banyak negara lagi.

“Kami berharap dengan adanya satu pusat di negara yang besar akan beri lagi peluang untuk kami lebarkan sayap di lebih banyak negara berbanding hanya berpangkalan di Malaysia,” kata usahawan muda itu kepada Bernama.

Menurut Neelofa, perkembangan pesat komuniti Islam di New York turut memberikan inspirasi kepadanya dalam mengukuhkan rangkaian produknya di kota raya sibuk dunia itu.

Mengenai masa depan, Neelofa berharap pembukaan syarikat serantaunya di New York akan meningkatkan lagi jualan produknya dan meraih hasil sumbangan yang lebih besar daripada perniagaan di luar negara.

Syarikat Naelofar Hijab mengumumkan penjualan RM50 juta untuk tahun 2015, di mana 10 peratus daripadanya adalah hasil dari segmen antarabangsa.

“Jumlah itu hanya bergantung kepada jualan online sahaja tanpa physical store di mana-mana negara. Saya harap selepas syarikat serantau di New York, jualan akan meningkat. Saya jangka sumbangan lebih besar,” katanya.

Beliau berkata pihak Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di New York banyak beri tunjuk ajar dalam proses dokumentasi serta selok belok bagaimana menubuhkan syarikat serantau tersebut.

Sejak mula diperkenalkan pada 2014, Naelofar Hijab berjaya mencetus fenomena baharu di pasaran fesyen tempatan menerusi produk selendang segeranya yang mudah dipakai walaupun tanpa menggunakan pin.

Perniagaan yang bermula secara dalam talian dan di bazar itu terus berkembang selain kini produk Naelofar Hijab sudah dieksport ke lebih 30 buah negara termasuk Singapura, Brunei, Britain, Australia, Belanda dan Israel.

Neelofa, yang juga merupakan seorang pengacara dan pelakon, berkata syarikatnya berhasrat untuk meneroka pasaran di wilayah Timur Tengah di samping membuka syarikat serantau di sana.

“Kita ada rangkaian di sana. Rakan kongsi tersebut mempunyai syarikat di Riyadh, Arab Saudi dan Kaherah, Mesir serta di beberapa kawasan lain di Mesir. Dia bercadang untuk bawa masuk Naelofar Hijab ke negara itu.

“Kami masih lagi dalam proses menyediakan kertas kerja. Kami akan mengemukakannya kepada beliau dan menunggu perkembangannya,” tambah beliau lagi.

Artis2 yang lain pun patut contohi,sebagai bekalan pabila dah tak popular...Sediakan payung sebelum hujan......