BERITA TERKINI
Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Wednesday, 3 August 2016

Biodata Dato Seri Vida yang ramai belum tahu


Siapa yang tak kenal dengan Dato Seri Vida. Memang popular dengan produk Pamoga dan juga Qu Puteh.Nama sebenar beliau ialah Datuk Seri Dr. Hajjah Hasmizah Othman.

Hebat sungguh skill marketing beliau! Slogan dan tagline produknya yang terkenal iaitu –

Qu puteh, Qu puteh, barulah putih! (sambil menyentuh pipi dengan jari yang digayakan)


KEMATIAN AYAH

Dato Vida berasal dari Kelantan. Dia dilahirkan di Machang di dalam keluarga berada sebelum menjadi anak yatim pada usia sembilan tahun kerana kematian bapa.

Kematian bapanya mengubah segala-gala. keluarga mula hilang punca pendapatan.

Saya dan ibu hilang punca rezeki ketika itu secara tiba-tiba. Jadi bermula dari situ, saya mengenal apa itu bisnes. Asal yang boleh dapat wang saku, saya buat.

Saya pernah jual nasi lemak orang, untung dapat 30 sen. Saya bersyukur sangat duit itu saya lama-lama kumpul dapat beli motosikal.

Ini kerana saya selalu fikir sampai bila hendak sekolah naik bas ketika di sekolah menengah waktu itu,

TERPAKSA JUAL TANAH

Jelasnya, lebih menyedihkan apabila ibunya terpaksa menjual sebidang tanah untuk menyara kos perbelanjaannya di Universiti Sains Malaysia.

Kata anak tunggal dalam keluarga itu, harga tanah itu dijual pada harga RM13,000 dan hari ini harga tanah itu melambung kepada RM150,000.

Tapi baru tahun pertama saya sudah habis RM5,000. Bayar yuran, beli buku dan sara kos sara hidup. Jadi saya mula berfikir kena cari duit saku.

Saya mula jual macam-macam kepada pensyarah dan kakitangan universiti. Saya bawa kain telekung, batik dan macam-macam barang lagi dari Kelantan.

Pernah waktu cuti semester, saya pergi kerja kilang selain kerja sambilan di restoran segera, Kentucky Fried Chicken,

Dato Vida tidak malu mengaku dia berkerja secara part time untuk mencari duit saku ketika belajar.


GELISAH TAK BOLEH BERNIAGA

Sebagai pemegang Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteran Melayu dan Sejarah), Hasmiza turut tampil berkongsi pengalaman menjadi guru di sekolah Cina selama 12 tahun di Ipoh, Perak.

Orang cakap kalau jadi cikgu tidak boleh meniaga, saya gelisah waktu itu. Saya memang boleh demam kalau tidak berniaga. Jadi tahun pertama jadi guru, saya sambung buat Sarjana dahulu sebelum meneruskan pengajian Doktor Falsafah secara jarak jauh,

MEMBERONTAK

Keinginan mencuba karier yang lebih mencabar, Dato Vida memberontak dan akhirnya memilih perniagaan salon sebagai destinasi kerjaya pilihan.

Dari situlah dia mula membuat pelbagai produk kecantikan bagi memenuhi keperluan pelanggan di salon bagi rawatan wajah.

Apatah lagi, ketika itu kira-kira 15 tahun yang lalu, gelombang produk kecantikan dari luar mendapat permintaan tinggi menyebabkan dia berani menghasilkan produk kecantikan sendiri secara kecilan.

Seterusnya, rezeki berpihak kepada dirinya apabila mula mengorak langkah panjang dalam kariernya dengan menjadi tenaga pengajar di Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MVLK).

MULA PROMOSI

Mendapat wang tertunggak sebanyak RM500,000, dia memberani diri membeli iklan untuk mempromosi produknya itu.

Namun dia mengalami kerugian besar apabila produk langsung tidak mendapat sambutan akibat tersilap membuat pengiklanan.

Rasanya sudah berjuta saya rugi akibat menaja dan buat iklan yang tidak menjadi. Sebab itu bila saya nak taja AJL29 dan Gegar Vaganza, saya sudah tekad, stesen tv kena ikut cara saya.

Saya yang bagi idea semua sebab saya sudah belajar dari kesilapan lalu. Biasanya saya berdoa tidak kira waktu dan tempat sebanyak 20 kali sehari. Tapi waktu taja AJL29, saya berdoa lebih 50 kali. Saya reda dan tawakal.

Dan Alhamdulillah, iklan saya menjadi dan jadi sebutan ramai. Permintaan dan jualan melonjak hari-hari sampai saya kehabisan stok dan terpaksa mengagihkan produk kepada stokis secara kuota,

BISNES MELONJAK

Vida Beauty kini memiliki lebih 400 stokis di seluruh negara termasuk di Brunei dan Singapura dengan menggajikan kakitangan seramai 130 orang.

Tujuh tahun lalu, bisnes Hasmiza melonjak tinggi gara-gara keberanian memperkenakan minuman kesihatan di bawah jenama Pamoga.

Produk yang menjadi fenomena itu membolehkan dia berubah sekelip mata menjadi jutawan sehingga mampu membina Wisma Vida Beauty yang tersergam indah dan mewah di bandar Ipoh.

Apabila ditanya hasil di sebalik semua kejayaan itu, wajah wanita yang nampak tegas namun peramah itu tiba-tiba menjadi sangat ceria.

Katanya, dia gembira dan bersyukur kerana dapat membantu masyarakat yang mengalami masalah kesihatan untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Sebanyak 98 peratus testimoni Pamoga kembali pulih seperti biasa dan yang buat saya gembira, apabila mereka dapat kembali bersolat dengan sempurna dan ada yang tidak perlu dijaga lagi oleh anak-anak setelah sakit sekian lama.

Selain itu, saya juga mahu kejayaan di dunia dan akhirat. Berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang berkemampuan, itu yang lebih memberi kepuasan,

Dato Vida kini menaja beberapa rumah anak yatim dan juga tahfiz.

KEMATIAN ANAK

Emosi sedih Hasmiza semakin larut apabila diminta berkongsi kenangan pahit sepanjang 15 tahun bergelar usahawan berjaya.

Wanita ini berkata, kehidupannya bagaikan musnah apabila hilang dua anak yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat pada 5 Ogos 2013.

Lebih menyayat hati, dua anaknya Eddie Zuhdi, 11, dan Edrie Zikri, 10, pergi mengadap Ilahi pada 25 Ramadan, lima hari sebelum umat Islam menyambut 1 Syawal.

Dua lagi anaknya, Edlin Zamilin dan Eric Zaquan yang kini berusia 10 dan 8 tahun menjadi penyeri hidupnya untuk mengusung sisa duka yang belum hilang ke hari ini.

Bercerita mengenai arwah dua puteranya itu, naluri keibuan wanita ini cukup terserlah.

Dua arwah anak saya itu hendak sangat berjumpa malam lailatulqatur dan selalu doa nak masuk syurga tertinggi. Saya menangis 40 hari dan bertahlil di ruang tempat mereka tidur.

Namun saya sudah ada isyarat sebelum kejadian itu kerana suka bermurung. Bila saya terima berita, saya cuma terdiam dan reda. Ada orang cakap ini saham untuk saya di akhirat nanti,

Barangkali air mata wanita ini sudah kering untuk ditangisi. Dia sudah puas menanggung derita sebelum berada di puncak pada hari.

Justeru, kata nista yang dilempar gara-gara menaja AJL29 langsung tidak meninggalkan kudis buat dirinya.

Saya cuma berharap dapat memberi sumbangan yang cukup kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Kehilangan dua anak membuatkan saya hendak kaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Itulah yang saya perjuangkan hari ini dalam perniagaan, luahnya yang melengkapkan pandangan sebagai seorang wanita yang istimewa di mata saya.





Tuesday, 12 July 2016

Bekas Pegawai Bukit Aman dipenjara 12 tahun,didenda 105k

Bila negara kita  Malaysia dapat menyelesaikan masalah seperti ini....
Ianya sudah lama..
Berapa lama harus kita tunggu???



SHAH ALAM – Seorang bekas pegawai polis dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah didapati bersalah atas tiga pertuduhan bersetuju menerima suapan berjumlah RM21,000 pada tahun 2008 dan 2009.

Nik Azainoon Nik Aziz, 54, yang berpangkat DSP dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman, ketika perbuatan itu dilakukan, bagaimanapun hanya perlu menjalani hukuman penjara empat tahun mulai hari ini setelah mahkamah memerintahkan ketiga-tiga hukuman berjalan serentak.

Hakim Asmadi Husin turut mengenakan denda RM105,000 ke atas tertuduh dan memerintahkan lelaki itu dipenjara tambahan 12 bulan lagi sekiranya gagal membayar denda.

Rakan subahatnya, Roslan Jali, 49, pula dipenjara lapan tahun setelah didapati bersalah terhadap dua pertuduhan bersetuju menerima suapan RM11,000 bagi pihak Nik Azainoon, pada 2008 dan 2009.

Roslan yang bekerja sebagai juruelektrik turut didenda RM55,000 dan diperintah menjalani hukuman penjara tambahan selama tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda.

Roslan bagaimanapun akan menjalani hukuman penjara selama empat tahun setelah mahkamah memerintahkan hukuman bagi kedua-dua pertuduhan itu berjalan serentak bermula hari ini.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu kepada mahkamah supaya meringankan hukuman ke atas mereka atas alasan terpaksa menanggung keluarga dan Nik Azainoon turut menyatakan dia tidak mempunyai pendapatan sejak dipecat daripada pasukan polis.

Asmadi dalam pada itu membenarkan permohonan kedua-dua tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sehingga selesai proses rayuan, namun menaikkan jumlah ikat jamin ke atas mereka daripada RM7,000 bagi Roslan dan RM10,000 bagi Nik Azainoon kepada RM50,000 setiap seorang.

Nik Azainoon dan Roslan juga diperintah membayar kesemua denda yang dikenakan ke atas mereka selewat-lewatnya esok selain melaporkan diri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Shah Alam setiap awal bulan.

Nik Azainoon didapati bersalah bersetuju menerima suapan daripada seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad, Che Ayub Senik, 61, sebagai dorongan untuk menghilangkan rekod kesalahan jenayah Che Ayub yang ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kegiatan ‘Black Money’.

Bekas pegawai polis itu melakukan perbuatan tersebut sebanyak dua kali melibatkan jumlah RM10,000 dan RM4,000 pada 9.30 malam di Restoran Starwalk Cafe & Bakery, Jalan Dagang B/3A, Taman Dagang, Ampang, dekat sini antara 5 hingga 30 Nov 2008.

Pada 4 Feb 2009 kira-kira 6.10 petang pula, dia didapati telah bersubahat dengan Roslan untuk menyetuju terima suapan berjumlah RM7,000 daripada Che Ayub di Restoran A&W, Lorong Sultan, Petaling Jaya, bagi tujuan sama.

Roslan pula didapati bersalah menyetujui terima wang suapan berjumlah RM4,000 bagi pihak Nik Azainoon kira-kira pukul 9.30 malam di Restoran Starwalk Cafe & Bakery, Jalan Dagang B/3A, Taman Dagang, Ampang, antara 6 hingga 30 Nov 2008.

Perbuatan kedua pula dilakukan pada 4 Feb 2009 di Restoran A&W, Lorong Sultan, Petaling Jaya, dekat sini melibatkan jumlah RM7,000 dengan tujuan sama.

Pendakwaan dilakukan mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Sebanyak sembilan saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Sukri Seman. – BERNAMA

Malaysia oh Malaysia ku......

Friday, 8 April 2016

Nasib sang pencuri lembu

JERTIH: Cubaan dua lelaki mencuri seekor lembu bukan sahaja gagal kerana kereta mereka terbakar malah lembu terbabit rentung dalam kejadian di Kampung Bukit Kenak, dekat sini, awal pagi tadi.

 Perbuatan dua pencuri itu disedari polis yang mengekori kereta Nissan Celfiro dinaiki mereka dari arah Kuala Terengganu ke Jertih, kira-kira jam 4 pagi. Menyedari diekori, dua lelaki dalam lingkungan 30an itu cuba melarikan diri bagaimanapun kereta mereka berasap dan terbakar sebaik tiba di kampung berkenaan. Suspek memberhentikan kenderaan dan cuba melarikan diri

meninggalkan lembu curi yang diletakkan di tempat duduk belakang, namun polis berjaya menahan seorang daripada mereka di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meloloskan diri.

 Kereta Nissan Cefiro dinaiki dua suspek musnah terbakar, manakala lembu curi itu rentung. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan.


Dua pelajar parah dibelasah geng tiga buah sekolah

KUALA LUMPUR: Hanya kerana tersalah orang menyebabkan dua orang pelajar tingkatan empat sekolah menengah di Setiawangsa di sini, parah apabila dikatakan menjadi mangsa pergaduhan membabitkan pelajar tiga sekolah lain di Wangsa Maju, semalam, lapor Berita Harian.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang semalam, mangsa dilaporkan menaikit motosikal dalam perjalanan untuk pulang ke rumah setelah habis waktu persekolahan.

Ketika melalui Jalan Wangsa Siaga, mangsa telah terserempak dengan 15 pelajar lain yang menaiki lapan motosikal dipercayai pelajar sebuah sekolah di Lembah Keramat diserang.

Mereka dikatakan bersenjatakan besi, cota, kayu besbol, topi keledar dan kayu.

Kumpulan terbabit secara tiba-tiba mengejar mangsa yang disangka `musuh' dari dua sekolah lain, di kawasan Jalan AU5D/1, Lembah Keramat, Ampang.

Berikutan kejadian berkenaan, beberpapa penduduk sekitar telah menghubungi pihak polis sebelum sepasukan anggota dari Balai Polis Melawati tiba ke tempat kejadian lalu menahan 12 daripada pelajar terbabit.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan. Siasatan dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju bagi mengenal pasti mereka yang terbabit. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, mengesahkan kejadian berkenaan.

Wednesday, 9 March 2016

Lelaki berpakaian wanita ditemui berlumuran darah

SUBANG JAYA – Seorang lelaki yang berpakaian wanita ditemui terjatuh dari tingkat tiga sebuah kondominium mewah di SS19, pagi tadi.

Mangsa sebelum itu dikatakan bertengkar dengan seorang lelaki warga Afrika dalam sebuah unit kondominium kira-kira jam 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Senior Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya menerima panggilan kira-kira jam 9.30 pagi mengatakan mangsa ditemui terjatuh dari ketinggian 12 meter.

Bertindak atas laporan, sepasukan anggota polis dikejarkan ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat seorang mangsa berbaring di tingkat bawah kondominium lapan tingkat itu dalam keadaan berlumuran darah.

Hasil siasatan awal, mangsa yang berpakaian wanita dikenalpasti adalah seorang lelaki berumur 21 tahun dan berasal dari Sabah.

Menurut Yahaya terdapat banyak kesan calar, lebam dan berlaku pendarahan di telinga mangsa.

Bagaimanapun, pihaknya akan mendapatkan pengesahan daripada laporan bedah siasat yang dijalankan untuk menentukan punca sebenar kematian mangsa.

Katanya lagi, berdasarkan maklumat dan petunjuk diperoleh daripada kawalan keselamatan kondominium, polis kemudian menyerbu sebuah unit rumah di tingkat tiga kondominium sama di mana mangsa dipercayai terjatuh.

“Polis menahan seorang lelaki berbangsa Afrika berusia 40 tahun dan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, jiran di kawasan kondominium tersebut ada memberitahu terdengar bunyi suara seperti orang bertengkar dari rumah didiami warga Afrika itu kira-kira jam 6 pagi.

Jiran tersebut kemudian memberitahu mereka terdengar bunyi seperti bom meletup kira-kira jam 9 pagi sebelum menemui mangsa.

“Kita masih menyiasat apa hubungan mangsa dengan suspek yang ditahan. Motif dan bagaimana mangsa boleh terjatuh juga masih dalam siasatan,” katanya.

Menurut Yahaya lagi, rumah tersebut didiami lelaki warga Afrika dan mangsa bukan penduduk di kondominium tersebut.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Saya dirogol setiap hari selama 7 tahun

“Saya dirogol, hampir setiap malam dan saya tidak dapat berbuat apa-apa mengenainya. Mereka beritahu saya, saya boleh dibunuh jika saya buka mulut, dan tiada siapa yang tahu apa yang saya lalui.”

Itulah kata-kata membanggakan seorang budak lelaki berusia 15 tahun yang dikatakan menjadi mangsa kepada satu siri rogol yang didakwa dilakukan oleh dua lelaki yang bertanggungjawab terhadap rumah kebajikan kanak-kanak di Jinjang.

Rumah kebajikan di sebelah kuil itu dikaitkan dengan kes rogol dan dera secara seksual kanak-kanak lelaki di bawah jagaan mereka, manakala dari segi fizikal menyalahgunakan kanak-kanak perempuan yang turut tinggal di sana.

Kanak-kanak lelaki yang enggan namanya disiarkan, memberitahu The Rakyat Post bahawa pengalaman pahit beliau berlarutan selama hampir dua tahun dan dengan wajah ketakutan di matanya, berkata penderaan seksual itu bermula hanya seminggu selepas ibu bapanya menghantarnya ke rumah.

“Satu malam, saya dipanggil masuk ke dalam bilik yang menjadi tempat tinggal pemilik rumah itu. Di situ, dia meminta saya menyentuhnya, saya enggan dan melarikan diri.

“Saya balik ke bilik saya dan memberitahu rakan sebilik apa yang berlaku dan dia berkata, kejadian itu biasa, dan saya sepatutnya buat apa yang mereka minta atau mereka akan bunuh saya.

“Sejak itu, mereka merogol saya berulang kali. Kami mengingati rutin yang selalunya dibuat dari jam 1 pagi hingga 5 pagi, di bilik stor rumah berkenaan.

“Ada tanah luas di belakang rumah dan mereka kata, mereka boleh buat apa saja yang mereka inginkan, mereka boleh bunuh saya, tanah saya di situ dan malah, ibu bapa saya tidak akan dapat mencari saya.”

Beliau menceritakan dengan jelas hari dia diselamatkan, iaitu pada 8 Oktober lalu apabila abang pengasas memaklumkan kepada ibu bapa dan beberapa orang lain untuk mengambil anak-anak mereka kerana individu di rumah kebajikan itu melakukan “perkara tidak baik” terhadap kanak-kanak itu.

Seorang lagi kanak-kanak lelaki turut mendakwa diperlakukan perkara yang sama dan beliau gembira dapat keluar dari `neraka’, ketika ramai antara kawannya masih tinggal di situ.

Ketika ini, beliau hanya mampu berharap rakan-rakannya itu dapat diselamatkan.

Bapa kepada salah seorang kanak-kanak yang mendakwa dirogol, berkata dia cuba untuk mengambil anaknya dari rumah kebajikan itu, beberapa kali, tetapi selalu gagal berjumpa anaknya kerana pemilik rumah terbabit mendakwa ibu bapa perlu melalui beberapa prosedur sukar terlebih dulu.

“Sekalipun, apabila saya cuba membawa anak keluar semasa Deepavali, mereka tidak membenarkan dan memberitahu saya, saya perlu melakukan ini, dan ini, sebelum saya boleh melihat anak saya.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku sekalipun saya mengesyaki ada yang tidak kena, sehinggalah bulan lalu, apabila seorang kawan kepada abang pengasas (rumah kebajikan) menghubungi semua ibu bapa dan memberitahu kami apa sebenarnya yang berlaku di dalam rumah itu,” kata lelaki yang mahu dikenali sebagai Ravi.

Anak lelaki Ravi dihantar ke rumah kebajikan berkenaan pada usia 9 tahun, dan menurut Ravi, anaknya yang kini berusia 16 tahun mendakwa dirogol berulang kali sepanjang tujuh tahun berada di sana.

“Dia enggan bercerita mengenai apa yang berlaku kerana saya fikir, dia sangat trauma.”

Sekurang-kurangnya empat kanak-kanak lelaki menegsahkan dirogol selepas ujian perubatan yang dikendalikan doktor di Hospital Kuala Lumpur menemui bukti penderaan sesual.

The Rakyat Post semalam menghubungi Ketua Polis Sentul Assistan Komisioner R Munusamy yang mengesahkan kedua-dua pemilik rumah kebajikan dan pengasasnya ditahan reman bagi siasatan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Seksyen ini memperuntukkan kesalahan paksaan liwat atau rogol liwat, dan sehingga kini, usaha untuk menghubungi rumah kebajikan berkenaan gagal.

Monday, 7 March 2016

Kemaluan dipotong wanita warga Thailand

GUA MUSANG - Seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja di sebuah ladang sawit Pos Pulat di sini, putus kemaluannya disyaki dipotong seorang wanita warga Thailand malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian berlaku jam 8.30 malam dalam kebun pisang di belakang surau Kampung Gua Air yang terletak kira-kira lapan kilometer dari Pos Pulat.

"Sebelum kejadian mangsa, yang berumur 36 tahun tinggal di rumah kongsi pekerja ladang di Pos Pulat, telah ke Kampung Gua Air menaiki sebuah motosikal bersama seorang rakannya.

"Mangsa tiba di kampung itu untuk menunaikan solat Maghrib, manakala rakannya duduk di kedai berhampiran sambil berbual menerusi telefon bimbit," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebaik selesai solat Maghrib, mangsa turun dari surau itu lalu seorang wanita yang dikenalinya mengheret tangannya masuk ke kebun pisang sebelum wanita itu membuka seluar mangsa dan tanpa disedari, wanita itu memotong kemaluannya.  

Katanya, mangsa menyedari kemaluannya dipotong selepas terasa sakit lalu meraung meminta tolong, manakala suspek terbabit sudah beredar dari tempat kejadian.

"Imam surau berkenaan yang terdengar jeritan mangsa meminta tolong, bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kemaluan mangsa berlumuran darah.

"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Gua Musang sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Baharu untuk rawatan lanjut. Polis sedang mengesan wanita berusia 19 tahun itu untuk membantu siasatan," katanya. - Bernama

Saturday, 20 February 2016

Penceramah kalau dah jodoh dirujuk ke HUSM akibat sakit dada

BACHOK: Penceramah bebas, Datuk Mohamad Kazim Elias mengadu sakit dada ketika berceramah di Gunong, di sini, sebelum dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Kazim yang tiba di Kelantan petang tadi dari Terengganu, dijadualkan menyampaikan ceramah agama selama dua jam bermula 9 malam, anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Timbalan Pengurus (Pembangunan) KADA, Nik Ruslan Idrus, berkata sebaik naik ke pentas dan memulakan ceramah tidak sampai lima minit, Ustaz Kazim terpaksa menghentikan ceramah kerana sakit dada.

"Ustaz Kazim sempat memohon maaf kepada orang ramai kerana tidak dapat meneruskan ceramah seperti yang dijanjikan kerana perlu ke hospital dengan segera.

"Ustaz Kazim di bawa ke Klinik Kesihatan Gunong sebelum dirujuk ke HUSM," katanya yang terpaksa menggantikan penceramah dari KADA bagi tidak menghampakan orang ramai.

Nik Ruslan berkata, keadaan Ustaz Kazim ketika tiba tadi sudah nampak kurang sihat dan wajahnya pucat, namun masih mahu meneruskan ceramah.

"Ustaz Kazim ada memaklumkan dia sepatutnya ke hospital untuk membuat rawatan, namun menangguhkan kerana sudah berjanji untuk berjumpa dengan penduduk di Bachok," katanya.