Menerusi satu laporan polis yang dibuat oleh guru sekolah berkenaan, pelajar terbabit,N. Arven dikatakan sedang menjalani latihan bola sepak peringkat daerah ketika kejadian berlaku.
Arven sebelum itu membuat pemintaan untuk membuat pertukaran pemain kerana mengadu sakit kepala dan semasa sampai di tepi padang, pelajar itu dilaporkan sudah rebah dan pengsan.
Cikgu yang melihat kejadian itu kemudiannya terus mengejarkan Arven ke Klinik Kesihatan Teluk Datuk dan doktor mengesahkan pelajar lelaki itu sudah meninggal dunia sebaik tiba di klinik.
Hasil pemeriksaan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan terdapat pada tubuh badan Arven, sebaliknya terdapat pendarahan di otaknya yang menjadi penyebab kematiannya.
Buat anda di luar sana, kurangkan aktiviti-aktiviti bersifat outdoor di kala cuaca yang tidak menentu sekarang ini dan lebihkan minum air kosong untuk mengelakkan badan anda daripada mengalami dehidrasi sepanjang hari.
Post a Comment