Mereka memberi alasan Ketua Pembangkang diperlukan di Parlimen pada waktu Malaysia sedang menghadapi cabaran kejatuhan ekonomi, harga minyak mentah dan nilai mata wang ringgit.
Ahli Parlimen pakatan rakyat turut memberi alasan walaupun Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dihukum penjara, tetapi beliau masih mewakili suara rakyat yang memilihnya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.
“Berdasarkan Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, Anwar masih memegang kerusi Ahli Parlimen Permatang Pauh dan juga Ketua Pembangkang. Ini sudah pun disahkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat sendiri.
“Apabila Parlimen bersidang pada 9 Mac 2015, Anwar perlu dibenarkan hadir ke Parlimen dan menjalankan tugas beliau sebagai Ketua Pembangkang. Inilah kehendak rakyat. Kehadiran Anwar di Parlimen akan memastikan kepentingan rakyat akan terus diperjuang dan dipertahan,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh anak Anwar yang juga Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah, Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok, Ahli Parlimen PKR Batu, Tian Chua dan Ahli Prlimen PKR Padang Serai, N.Surendran.
Kelima-lima Ahli Parlimen pembangkang itu turut mendakwa jawatan Ketua Pembangkang diakui undang-undang dan Perlembagaan sebagai bahagian penting sistem demokrasi berparlimen maka Ketua Pembangkang wajib tidak dihalang daripada menjalankan tugas-tugas beliau.
Mereka turut menyelar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana menyatakan Peguam Negara yang perlu membuat keputusan dalam hal itu kerana Jabatan Penjara dibawah kuasa beliau.
Post a Comment