1. Shahrukh Khan
Hero filem Kuch-Kuch Hota Hai ini terkenal dengan nama The King Khan or Badshah of Bollywood.
Pelakon yang kerap tampil bersama dengan Kajol dalam beberapa buah filem ini,dikhabarkan meraih bayaran sehingga Rp 17-26 bilion,
Pelakon kacak tersebut kini dikatakan mempunyai kekayaan bersih kira-kira 144 bilion dan beberapa rumah di Mumbai, Dubai dan London.
Beliau dilahirkan pada 2 November dan telah memenangi beberapa anugerah,beliau juga telah menjadi duta kepada beberapa syarikat dengan jumlah bayaran melebihi Rp 420 bilion.
Sementara pelakon lain membuka satu produksi, SRK mempunyai dua produksi, Red Chillies Entertainment, dan juga Dreamz Unlimited yang dikongsi bersama rakan karibnya, Juhi Chawla. Antara filem yang diterbitkannya termasuk "Phir Bhi Dil Hai Hindustani", "Asoka", dan "Chalte Chalte".
Selain itu, SRK juga terlibat dalam beberapa projek televisyen, termasuk drama bersiri "Fauji" di mana dia berlakon sebagai Komandi Abhimanyu Rai. Dia juga pernah menjadi hos "Kaun Banega Crorepati?", "Kya Aap Paanchvi Pass Se Tez Hain" ("Are You Smarter than a Fifth Grader" versi India), dan "Zor Ka Jhatka" ("Wipeout" versi India).
2. Aamir Khan
Untuk sekali tampil,beliau dibayar Rp 22-25 bilion untuk satu filem.Kekayaan Amir disebut-sebut telah mencapai 130 bilion.
Namun, pelakon "3 Idiots" ini lebih veteran berbanding yang lain, kerana dia telah muncul di skrin seawal tahun 1973 dalam filem "Yaadon Ki Baaraat". Malah, selain filem, Aamir juga mempunyai syarikat produksinya sendiri, Aamir Khan Productions, menjadi duta jenama menentang malnutrisi di bawah UNICEF, malah mengacarakan siri televisyen sendiri, "Satyamev Jayte", yang lebih tertumpu kepada isu sosial dan politik.Semua ini dijumlahkan dan menjadikan nilai aset bersih Aamir sebanyak AS$180 juta.
3. Salman Khan
Lakonan pertamanya dalam drama iwi Ho To Aisi (1988) telah melonjak nama beliau di Bollywood.
Lelaki seksi kelahiran 27 Disember, ini juga memenangi banyak anugerah, termasuk sebagai Pelakon Pembantu Terbaik dalam filem Kuch Kuch Hota Hai (1998).
Dia lebih terkenal kerana badan berbanding bakatnya, tetapi dalam masa yang sama Salman merupakan antara pelakon yang paling banyak menerima tawaran filem. Selama 25 tahun pembabitannya dalam dunia lakonan, dia telah berlakon dalam lebih 80 buah filem termasuk filem-filem hitnya, "Dabangg" (2008), "Hum Dil De Chuke Sanam" (1999) dan "Har Dil Jo Pyar Karega" (2000).
Abang kepada Arbaaz dan Sohail Khan ini juga merupakan pemilik syarikat produksi SKBH Productions (Salman Khan Being Human Productions) yang berkolaborasi dengan tabung dana rasminya, Being Human. Dan tidak kisahlah kalau pun dia bakal dibicarakan semula untuk kes langgar lari suatu masa dahulu, Salman mempunyai AS$200 juta dalam nilai asetnya!
4. Amitabh Bachchan
Nilai bersih harta kekayaan Big B ini adalah sebanyak AS$400 juta dan jika anda kumpulkan sekali dengan pendapatan ahli keluarganya yang lain termasuk isterinya Jaya Bachchan, anaknya Abhishek dan menantunya Aishwarya Rai, keluarga Bachchan merupakan keluarga terkaya di Bollywood.
5. Ajay Devgan
Ajay juga ada mengarahkan filem sendiri, "U, Me Aur Hum" pada tahun 2008, dan menerbitkan beberapa filem lain seperti "Raju Chacha", "U, Me Aur Hum" dan "Son of Sardar" (2012). Nilai bersih asetnya adalah sebanyak AS$30 juta.
6.Hrithik Roshan
Beliau dianggarkan menerima bayaran sebanyak Rp 1.8 bilion untuk satu filem.
Namun khabarnya,Hrithik pernah dibayar sebanyak Rp 53 bilion, untuk tiga filem paling laris yang beliau bintangi.
Antara pelakon terkacak Bollywood, anak kepada pengarah filem Rakesh Roshan dan anak saudara kepada komposer Rajesh Roshan ini mula berlakon sejak masih kanak-kanak lagi, tapi hanya menjadi kegilaan ramai apabila dia muncul dalam "Kaho Na... Pyaar Hai" pada tahun 2000 sebagai lelaki dewasa.
Hampir kebanyakan filem Hrithik seperti "Krrish" (2006), "Koi Mil Gaya" (2003), "Dhoom" (2006) dan "Jodha Akbar" (2008) mendapat sambutan hangat di pawagam dan menjadikan Hrithik antara pelakon yang paling kaya di Bollywood dengan nilai bersih AS$30 juta.
Post a Comment