BERITA TERKINI

Thursday, 25 December 2014

Artis Bollywood ditampar di khalayak ramai

Advertisement
Mumbai - Seorang model di India ditampar seorang penonton semasa siaran langsung program televisyen. Insiden tersebut terus menjadi perbualan ramai di India.

Pelakon Bollywood bernama Gauahar Khan itu awalnya sedang mengacarakan pencarian bakat menyanyi Raw Star di Film City, Goregaon, Mumbai, dengan mengenakan mini dress. Tiba-tiba seorang lelaki bernama Akil Malik naik ke atas pentas dari kawasan penonton. Tak terduga, ia menampar wajah Gauahar yang sedang mengacarakan acara muzik tersebut.


Situasi saat itu menjadi kacau bilau. Jutaan pasang mata melihat insiden tersebut lantaran acara disiarkan secara langsung. Kru acara langsung menghampiri Akil dan menolong Gauahar. Akil kemudian melontarkan ancaman ke Gauahar, lalu melarikan diri. Tapi lelaki tersebut kemudian ditahan pihak polis. Gauahar Khan, model dan pelakon India (Bigbossonline.com) , Akil mengaku kecewa dengan Gauahar yang memakai baju terlampau seksi.

Menurut dia, sebagai wanita Muslim, seharusnya model tersebut memberikan contoh kepada awam. "Dia kan wanita Muslim, harusnya tak memakai pakaian mini seperti itu," ujar Malik, Seperti dimuat Daily Mail, Selasa (2/12/2014).

 Akil pada saat ini sedang menghadapi tindakan undang-undang dan dijadualkan dibicarakan hari ini di Mahkamah Boriwali. Beliau disabitkan kesalahan dibawah Akta 354 UU Jenayah India tentang Penganiayaan. Gauahar Khan mempersoalkan kenapa Akil boleh naik ke atas pentas di tengah 2,500 penonton. Padahal ketika itu, ada kira-kira 250 pegawal yang berjaga di depan panggung. (Ein)

Post a Comment