Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang Deputi Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, mangsa Abdullah Arifin, 33, berasal dari Kampung Baru Felda Neram di sini mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
"Nahas jam 11.30 pagi itu berlaku semasa kereta terbabit yang datang dari arah Kuantan menghala ke Neram telah hilang kawalan ketika melalui satu selekoh di situ sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan mangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, mayat mangsa kini dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.
Beliau berkata, kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Post a Comment