Manakala pasangannya yang berusia 20 tahun dan merupakan seorang pelajar institut pengajian tinggi awam di sini, didenda RM2,900 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda.
Kedua-duanya mengaku bersalah di hadapan hakim syarie, Kamalruazmi Ismail atas pertuduhan di bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
Berdasarkan fakta kes, bertindak di atas maklumat orang awam, satu pemeriksaan berwaran telah dilakukan oleh sepasukan penguat kuasa syariah dari Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu pada 14 Februari, kira-kira jam 1.10 pagi di dalam sebuah bilik di sebuah rumah penginapan di Gong Badak.
Ketika sampai di tempat kejadian, penguat kuasa syariah dapati keadaan pintu bilik tertutup rapat dan berkunci dari dalam.
Mereka kemudian bertindak mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali dan lebih kurang dua minit kemudian, pintu dibuka dari dalam oleh seorang lelaki berusia 29 tahun, yang hanya berseluar jeans tanpa baju.
Penguat kuasa syariah kemudiannya memperkenalkan diri serta masuk membuat pemeriksaan lanjut dan mendapati, ada seorang perempuan yang hanya berseluar tanpa baju, berselimut di atas katil dalam bilik tersebut.
Setelah disoal siasat, didapati mereka tiada hubungan suami isteri.
Sementara itu dalam rayuannya, lelaki berkenaan memohon mahkamah membuat penggantungan pelaksanaan hukuman penjara ke atasnya memandangkan dia sudah insaf dengan perbuatannya dan sayangkan keluarga dan kerjayanya.
Dia menambah, turut mempunyai komitmen untuk membayar ganti rugi kerana terlibat dengan kemalangan sebelum ini.
Hakim Kamalruazmi kemudiannya membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman penjara dan tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM1,500 dengan dua penjamin.
Post a Comment