Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3.15 itu disedari seorang lelaki yang ternampak objek menyerupai mayat manusia dihanyutkan di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, menurut suami mangsa, sehari sebelum kejadian mangsa dalam keadaan resah dan sukar tidur.
“Wanita terbabit yang dipercayai mengalami masalah mental pernah mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sebelum ini.
“Mayat wanita berkenaan di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat sebelum jenazahnya dituntut untuk urusan pengebumian.
Operasi menyelamat turut disertai anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Darul Naim dan mayat mangsa yang ditemui di bawa ke darat sebelum dihantar ke hospital.
Azham berkata, setakat ini kematian mangsa diklafikasikan sebagai mati mengejut dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.
Dalam pada itu, mayat seorang lelaki warga India ditemui tergantung dalam sebuah rumah di Jalan Kebun Sultan di sini kira-kira jam 6 petang kelmarin.
Kejadian terbabit disedari rakannya yang secara kebetulan memanggilnya untuk masuk bekerja setelah dia tidak datang ke tempat kerjanya sejak jam 3 petang pada hari kejadian.
Azham berkata, mangsa mula bekerja di sebuah restoran sejak 18 Mac lalu sebagai pekerja am.
“Dia tinggal di rumah sewa bersama majikannya serta enam pekerja restoran yang lain.
“Menurut majikannya, mangsa seorang yang pendiam dan rajin dan tidak mempunyai masalah di tempat kerja,” katanya ketika dihubungi semalam.
Azham berkata, lelaki berkenaan yang sepatutnya mula masuk bekerja pada jam 3 petang, tidak hadir untuk bekerja sehingga jam 5 petang kelmarin.
“Ekoran itu majikan mangsa telah mengarahkan pekerjanya untuk memanggil mangsa masuk bekerja dan semasa rakannya itu ke rumah lelaki terbabit, dia menjumpai mangsa dalam keadaan tergantung di bilik belakang dan terus memaklumkan kepada majikannya.
“Hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa telah dibuat dan mendapati tiada sebarang kesan luka luaran.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat dan kematiannya diklafikasikan sebagai kematian mengejut serta tiada unsur jenayah,” katanya.
Post a Comment