BERITA TERKINI

Friday, 11 April 2014

Adakah spekulasi terbaru ini betul mengenai MH370?

Advertisement
SHAH ALAM-Spekulasi terbaru kehilangan MH370 mendakwa pesawat itu kini dilarikan perampas yang menggunakan nama 'Hitch',menurut akhbar Rusia.
   Menurut sumber yang tidak mahu dikenali itu,pesawat itu kini diletakkan di sebuah jalan di pergunungan dan sayapnya rosak,mungkin akibat pendaratan kasar.
   "Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu dirampas oleh pesawat yang dikenali .Kedua-dua juruterbang tidak bersalah dan kami hanya mengetahui nama pengganas yang memberikan arahan sebagai 'Hitch'.Pesawat itu kini berada tidak jauh dari Kandahar berhampiran sempadan Pakistan,dakwa akhbar berkenaan.
     Sumber turut menyebut,semua penumpang selamat dan mereka ditempatkan dalam pondok dengan hampir tiada makanan.
     Beberapa pakar berjumlah 20 orang dari Asia termasuk seorang dari Jepun yang telah ditahan berkemungkinan merujuk kepada kakitangan syarikat elektronik Freescale Semiconductor.
     Sementara itu,akhbar The Voice of Russia turut menyebut,ia masih belum jelas apa yang difikirkan oleh pengganas,namun terdapat versi mengatakan kejayaan rampasan pesawat itu bergantung kepada keputusan perbincangan antara Beijing dan Washington.
     Bagaimanapun,pendedahan akhbar itu tidak menular ke seluruh dunia mahu pun ke Amerika Syarikat...

Post a Comment