BERITA TERKINI

Sunday, 9 February 2014

Ajal dalam bot

Advertisement
mati mengejut
DUNGUN – “Ketika berjalan menuju ke bahagian hadapan, dia tiba-tiba longlai lalu saya cuba memegangnya, namun dia terus rebah, nafasnya tiba-tiba terhenti.

Demikian cerita Awang Busu Idris, 53, rakan kepada Che Md Khaidi Nik, 53, tekong bot yang menemui ajal dalam bot ketika pulang dari menangkap ikan di Perairan Dungun, tengah hari semalam.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu dipercayai berlaku ketika mangsa bersama tiga lagi awak-awak dalam perjalanan pulang selepas keluar menangkap ikan di laut dua hari lalu.

Awang Busu berkata, sebelum kejadian, Che Md Khaidi yang sudah puluhan tahun menjadi nelayan itu mengadu sesak nafas lalu memintanya menyapu minyak urut pada keseluruhan badannya.

Menurutnya, selepas disapukan minyak, mangsa cuba bangun dari tempat duduknya di dek sebelum menuju ke bahagian hadapan.

“Ketika itulah Che Md Khaidi yang baru dua tahun kemudi bot nelayan berukuran kira-kira 15 meter panjang itu rebah dan terus tak sedarkan diri.

“Dia tiba-tiba longlai, apabila saya paut badannya, dia seolah-olah mengalami kekejangan.

“Saya panggil namanya beberapa kali, ajarnya mengucap, namun dia tak menyahut panggilan saya, nafasnya juga sudah terhenti, lalu saya dan rakan mengambil keputusan untuk terus pulang kerana mengagak dia sudah mati,” katanya yang masih trauma dengan kejadian menimpa sahabatnya itu.
Hasil bedah siasat oleh pegawai perubatan mendapati mangsa mati akibat serangan jantung.

Jenazah mangsa dituntut ahli keluarganya untuk dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Paya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahaya, Jalan Nibong.


Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kes terbabit dan siasatan masih lagi dilakukan pihaknya.

Post a Comment