Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 33 berkata majlis itu akan berlangsung serba sederhana kerana masih terkesan dengan pemergian ibunya, Sabariah Ahmad Mei lalu.
"Pada malam sebelumnya iaitu 8 November nanti akan berlangsung majlis berinai. Selepas akad nikah, Elly akan menziarah pusara mama. Tiada majlis persandingan dan juga resepsi besar-besaran seperti yang dirancang awal kerana Elly masih sedih dengan kehilangan mama,katanya.
Pada majlis itu nanti, Elly akan menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan membalas sebanyak sembilan dulang.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan wang hantaran yang bakal diterima.
Dengan pengumuman ini ia sekali gus menamatkan spekulasi status pertunangan penyanyi lagu Sabarlah Hati ini selepas dia dilihat tidak lagi memakai cincin pertunangan.
Pasangan ini bertunang pada Jun 2011 selepas selepas dua tahun berkenalan.
Post a Comment