BERITA TERKINI

Friday, 4 July 2014

Cedera ditikam bapa saudara yang alami masalah mental

Advertisement
KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak cedera di pingang  kanan dan kiri selepas ditikam bapa saudaranya yang dipercayai mengalami masalah mental dalam kejadian di Jalan Bayam di sini petang semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa Mohamad Danish Aidid Yahaya, 4, sedang bermain di bahagian dapur bersama rakannya diheret keluar rumah oleh lelaki itu sebelum ditikam.

Ibu mangsa, Cik Muji Ramli , 41 berkata, abangnya yang tinggal di rumah itu sejak beberapa tahun lalu sebelum ini tidak pernah bertindak sedemikian.

"Sebelum ini dia pernah ditahan atas kesalahan mengambil dadah namun selepas itu dia berkelakuan seperti biasa dan tidak pernah mengamuk.

"Kejadian ini amat mengejutkan saya, namun mujurlah anak kedua saya berusia 15 tahun sempat menyelamatkan adiknya itu, jika tidak mungkin anak bongsu saya itu tidak dapat diselamatkan," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes terbabit disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK).

Post a Comment