LUNAS - Seorang remaja berusia 19 tahun terbunuh apabila digilis treler dengan muatan kelapa sawit di Jalan Sungai Seluang kira-kira jam 2 petang kelmarin.
Pemandu lori treler ketika ditemui di Pejabat Trafik Kulim berkata, dia diberitahu rakan bahawa lori dipandunya telah mengilis seorang penunggang motosikal.
Cemas dengan berita itu, pemandu lori terlibat telah menghentikan lorinya berhampiran dengan sebuah stesen minyak di Jalan Kilang Lama.
“Saya memang tidak tahu lori yang saya pandu itu telah mengilis seorang penunggang motosikal kerana berita itu hanya disampaikan oleh rakan yang berhenti di tempat kejadian.
"Dengan muatan hampir 30 tan dan keadaan lori yang panjang, saya memang tidak menyedari apa yang berlaku di belakang lori," katanya.
Katanya, mangsa dan rakannya menunggang motosikal dalam keadaan laju dan cuba memotong lorinya.
Menurutnya, ketika memotong, datang sebuah van dari arah bertentangan dan mengakibatkan mereka cuba mengelak van terlibat sebelum bergesel sesama sendiri. Mangsa kemudiannya terjatuh sebelum digilis oleh tayar belakang sebelah kanan, manakala mangsa seorang
lagi mengalami kecederaan,” katanya.
Mangsa yang maut di tempat dihantar ke Hospital Kulim untuk di bedah siasat. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengakibatkan maut.

Post a Comment